Khamis, 30 Oktober 2008

WANITA

".....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12


1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”..

Jumaat, 10 Oktober 2008

Antara Firasat dan Naluri


Akal fikiran dan perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap manusia merupakan satu keistimewaan yang membezakan antara manusia dengan makhluk ciptaan Nya yang lain. Akal fikiran dan perasaan ini pula dihiasi dengan naluri atau gerak hati sebagai pelengkap kejadian manusia itu sendiri. Seringkali manusia menggunakan naluri atau gerak hati ini dalam memandu mereka untuk membuat sesuatu keputusan mahupun sesuatu pertimbangan.

Amati peristiwa ini :

Johan mencapai sebiji epal dari dalam peti sejuk. Pada masa yang sama, dia terpandang semangkuk bubur kacang di sebelah mangkuk buah epal tersebut. Johan menutup kembali peti sejuk itu lalu beredar ke ruang tamu. Dia berselisih dengan isterinya yang sedang bergerak menuju ke ruang dapur sambil tersenyum manja. Ketika terpandang wajah si isteri, hatinya pantas berdetik, `kalaulah bubur kacang tu dipanaskan semula… dapat makan bubur kacang petang-petang macam ni
pun bagus juga…'

Namun kata-kata itu tidak diluahkan kepada isterinya. Walau
bagaimanapun, selang 15 minit kemudian, si isteri datang semula ke ruang tamu dan duduk di sebelahnya dengan membawa bersama semangkuk bubur kacang yang telah pun dipanaskan…

Apa sebenarnya?…

Apa sebenarnya yang mendasari kejadian antara Johan dengan isterinya? Adakah benar ia sesuatu yang dinamakan sebagai komunikasi gerak hati atau ia sekadar suatu kebetulan? Pasti kita pernah menghadapi keadaan yang hampir serupa dengan apa yang dialami oleh Johan. Pada suatu ketika, kita terasa rindu pada seseorang, pada masa yang sama telefon
berdering dan tanpa diduga, insan yang kita rindui itu berada di hujung talian – seolah-olah tahu kita sedang merinduinya!

Terdapat 2 kemungkinan berlakunya fenomena seperti yang dinyatakan tadi. Kemungkinan pertama ialah ia berlaku secara kebetulan dan tidak disengajakan. Kebetulan sahaja perlakuan antara dua individu itu seiring pada satu masa yang sama. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang cukup istimewa untuk dijadikan sebagai bahan untuk dianalisis.

Kemungkinan yang kedua juga merupakan satu kemungkinan yang tidak mustahil boleh berlaku. Ia dinamakan sebagai komunikasi gerak hati atau naluri. Naluri yang mendesak dalam hati seseorang itu adalah sesuatu yang unik dan ia bergantung kepada kuasa dalaman seseorang individu meneroka alam psychic. Kelebihan ini tidak semestinya dimiliki oleh setiap orang. Individu yang memilikinya juga tidak semestinya boleh menggunakan naluri mereka sesuka hati. Itulah yang disebut sebagai satu keunikan. Ia hadir hanya pada masa dan saat-saat
tertentu sahaja.

Berbalik kepada kebolehan seseorang menguasai dan meneroka alam psychic, sesetengah manusia yang mampu mengawal naluri dan gerak hatinya dengan baik memungkinkan dia memiliki satu kuasa dalaman yang digelar sebagai `keistimewaan deria keenam'.(the sixth sense) Segalanya mungkin bermula daripada khayalan yang palsu dan terbawa-bawa ke alam nyata.

Namun, anugerah Tuhan tidak sesekali mampu kita nafikan. Ada sesetengah individu yang sememangnya mampu meneroka alam psycic menerusi kelebihan naluri dan gerak hati yang dianugerahkan oleh Nya. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa, naluri atau gerak hati merupakan salah satu daripada keistimewaan deria keenam yang sememangnya
dianugerahkan kepada manusia dengan tahap dan kemampuan yang berbeza-beza.

Antara naluri dan firasat…

Naluri dan firasat adalah sesuatu yang cukup berbeza. Naluri adalah gerak hati yang datang secara jujur dalam diri manusia itu sendiri. Firasat pula lebih cenderung kepada gerak hati yang lahir atas pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan.

Amati 2 keadaan ini :

1. Azmin tiba-tiba terasa hendak pulang ke kampungnya hari itu. Hatinya benar-benar ceria. Kerja di pejabat berjaya diselesaikan seperti yang diminta oleh majikannya. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hatinya begitu mendesak agar dia pulang menemui kedua ibu bapanya. Setibanya di kampung, dia ternampak ibunya duduk di muka
pintu seolah-olah mengetahui yang dia akan pulang hari itu.

2. Sewaktu hendak pulang semula ke rumah sewanya, Azmin mendapati bahawa keadaan keretanya tidak begitu memuaskan. Terdapat bunyi yang tidak menyenangkan keluar dari bahagian enjin. Hatinya mula berasa tidak selesa. Dia mula memikirkan kemungkinan- kemungkinan keretanya akan rosak di tengah jalan. Hatinya mendesak agar dia singgah terlebih dahulu ke mana-mana bengkel terdekat sebelum pulang ke rumah sewanya semula.

Dalam dua keadaan di atas, peristiwa (1) adalah perlakuan dan pertimbangan yang dibuat berdasarkan naluri dan gerak hati. Ia datang dari dalam diri Azmin secara tulen dan tidak dipengaruhi oleh faktor luaran yang mendesak agar dia pulang ke kampungnya.

Peristiwa (2) pula adalah perlakuan dan pertimbangan yang dibuat berdasarkan firasat semata-mata. Kebenarannya belum terbukti kerana kereta tersebut belum tentu akan mengalami kerosakan di tengah jalan seperti yang diramalkan oleh Azmin sendiri.

Naluri dan firasat adalah sesuatu yang amat berbeza dan seringkali mengelirukan. Keduanya bergerak selari dan hampir seiring. Namun nyata, naluri adalah deria keenam yang cukup istimewa sementara firasat hanya sekadar satu ramalan yang dipertimbangkan oleh akal dan perasaan.

Peliharalah naluri…

Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa naluri adalah satu anugerah yang suci dan bersih dalam diri setiap individu. Ia wajar dipelihara agar naluri itu sendiri tidak tercemar dengan firasat yang seringkali dianggap sebagai `pembunuh' kepada keistimewaan anugerah Tuhan itu. Naluri mendekatkan kita dengan Pencipta dan mendekatkan kita dengan kasih sayang. Keistimewaan ini dimiliki oleh semua orang tetapi pada tahap keupayaan yang berbeza-beza. Jadi, hargailah keistimewaan itu, manfaatkanlah ianya sebaik mungkin…

sumber:
http://kaunseling.multiply.com/journal/item/13

Catatan Popular