Rabu, 21 Ogos 2013

PTPTN (ujrah, bayar balik dan penyata)

Sekarang ni asyik ternampak pos pasal PTPTN. Macam-macam isu timbul PTPTN ni. Ada yang komplen, ada yang taknak bayar balik, ada yang masih tertanya-tanya..
Bagi saya, kita dah ambik duit pinjaman tu, jadi pandai-pandai la bayar balik. Apa hukumnya membayar balik duit yang dipinjam?? WAJIB, cik..... Hutang perlu dilunaskan. 
Cuma saya tak berapa berkenan dengan 'bunga' yang perlu ditanggung oleh peminjam. Banyak juga kena bayar tu. Sehingga tarikh hari ni, 21/08/13 pinjaman saya pn masih berbaki sebanyak RM 23,916.79.. Tiap-tiap bulan saya bayar melalui cimbclicks.. saya set terus 'Scheduled Transactions' so lepas je dpt gaji, akan potong siap2, saya set RM200 sebulan. xyah nak fikir-fikir lagi. slip gaji pn cantik je, xde potong banyak.


Lepas tu kalau nak semak penyata, saya terus ke laman web PTPTN Gateway (untuk UJRAH)

tapi saya sakit hati, susah sangat nak dapat masuk. asyik nak kena 'reload page' atau 'refresh' je baru dpt.

Tiada ulasan:

Catatan Popular