Sabtu, 25 November 2017

contoh SINOPSIS BUKU untuk LDP (guru)


Nama Sekolah:                                                                                                Kod Sekolah: 

1.
Nama Guru

2.
Judul
EAT THAT FROG
3. Bidang: MOTIVASI
4.
Tarikh Pembentangan

5. Masa:
6.
Tempat Pembentangan


7.
Sinopsis

Buku ini menceritakan mengenai 21 cara hebat bagi membunuh kemalasan dan menyiapkan lebih banyak tugas dalam satu masa yang singkat. Kunci kepada kebahagiaan, kepuasan, kejayaan besar, motivasi terhebat dan pembangunan diri adalah bagaimana caranya kita membina tabiat ‘makan katak’. Tabiat ‘makan katak’ perlu dijadikan sebagai perkara pertama yang kita lakukan pada setiap hari apabila mahu memulakan kerja.

‘KATAK’ adalah simbolik kepada tugas terbesar dan paling penting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja mahu menyelesaikannya.
8.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sekiranya kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu. Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas itu terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.

Kunci kepada kejayaan adalah tindakan. Teknik – teknik yang dibicangkan membantu kita bertindak dan berjaya dengan lebih cepat. Lebih cepat kita belajar dan bertindak,lebih cepat kita mencapai kejayaan tertinggi dalam hidup ini.

9.
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi idea mengenai pengurusan masa bagi meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja secara keseluruhan. Idea dalam buku ini menjadikan diri kita lebih bernilai dan setiap kerja yang dilakukan sentiasa bermanfaat.

Disediakan oleh,                                                                                     Disahkan oleh,

........................................................                                        ........................................................
(                                                           )             

Tiada ulasan:

Catatan Popular